Tuesday, October 13, 2009

Taman Negara Kuala Tahan Pahang





Taman Negara Pahang

Taman Negara Pahang merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara.



Info Pelawat :

Permit Dan Lesen
Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM 1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM 10.00 setiap satu dan lesen kamera ialah RM 5.00 setiap satu.

Penginapan
Penginapan yang terdapat di Kuala Tahan terdiri daripada banglo, suite, syele dan asrama. Terdapat juga tapak kawasan berkhemah yang diuruskan oleh Mutiara Taman Negara Resort dan pengusaha tempatan di sekitar Kuala Tahan.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Taman Negara Kuala Tahan
27020 Jerantut, Pahang
Tel: 09-266 1122/09-266 4152
Faks: 09-266 4110


Taman Negara Sungai Relau, Merapoh
27210 Kuala Lipis, Pahang
Tel/ Faks: 09-912 4894

0 comments:

Post a Comment

 

Rakan Muda Unisel

Rakan Muda Unisel Maps

Waktu Solat

games

Pengetahuan Am Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Blogger Templates