Monday, October 26, 2009

Nabi juga mendaki gunung

Mukadimah

Imbas kembali sejarah nabi-nabi, rupa-rupanya aktiviti pendakian turut dilaksanakan oleh para nabi. Cuma coretan sejarah pendakian para nabi tidaklah ditulis seperti laporan aktiviti pendakian kita.

Rasullullah s.a.w & Jabal Nur
Diriwayatkan baginda mendaki ke Jabal Nur dan menyepi diri di Gua Hira' bagi mencari Maha Pencipta. Gua Hira' terletak di puncak Jabal Nur, ini bermakna Rasulullah mendaki sebelum ke Gua Hira'. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang bersifat tenang, banyak berfikir dan tadabbur. Baginda s.a.w kerap memencilkan diri di Gua Hira' yang terletak di Jabal Nur di Mekah untuk berfikir dan bertadabbur. Entah berapalah ketinggian Jabal Nur ini. Mengikut siri Jejak Rasul, ketinggian Jabal Nur 2500kaki menghampiri ketinggian gunung Datuk, N. Sembilan.

Rasullullah & Jabal Safa
Diriwayatkan Menurut sirah, telah naik Nabi Muhammad ke Jabal Safa dan menyeru keatas kaumnya.
"adakah kamu percaya andai aku kata ada bala tentera dibalik bukit ini yang akan menyerang kita." lantas jawab Abu Lahab.
"wahai Muhammad, apa saja yang kau kata, kami percaya, susungguhnya kau tidak pernah berbohong sejak dari kecil."
Kemudian Rasullullah menyeru kaumnya beriman pada Allah dan menyatakan Allah adalah tuhan sekalian alam.
Dakwah secara terbuka Rasullullah ini terus mendapat tentangan hebat terutama dari Abu Lahab. Maka Allah turun ayat 1- 5 Surah al-masad. Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama; hingga ayat 5. Berapa pula ketinggian Jabal Safa? Yang pasti kita akan buat saei antara Safa dan Marrwah semasa ibadah Haji.

Rasulullah & Jabal Thur
Mengikut sirah, ketika Rasulullah mula berhijrah ke Yathrib (Madinah), baginda bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur di Jabal Thur dari Kaum Quraisy. Anak Abu Bakar, Asma turut mendaki Jabal Thur membawa makanan untuk Baginda Rasullullah dan ayahandanya. Mengikut siri Jejak Rasul, ketinggian Jabal Thur lebih 3000kaki. Ketepatan ketinggian Jabal Thur ini belum dapat diperolehi.




Rasulullah & Jabal Uhud
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jabal Uhud adalah nama sebuah bukit terbesar di Madinah. Letaknya kurang lebih 5 km dari pusat kota Madinah, berada di pinggir jalan lama Madinah-Makkah. Jabal Uhud adalah sekelompok gunung yang ada di kota Madinah dan tidak bersambungan dengan gunung-gunung yang lain dimana pada umumnya gunung-gunung di Madinah ini adalah sambung menyambung,karena itulah disebut Jabal Uhud yang artinya gunung menyendiri. Gunung ini disebut Nabi sebagai salah satu gunung yang ada di surga,sehingga alau kita melihatnya sekarang Insya Allah kita akan melihatnya lagi di surga nanti.

Di lembah bukit ini pernah terjadi perang dasyat antara kaum muslimin sebanyak 700 orang melawan kaum musyrikin Makkah sebanyak 3000 orang. Dalam pertempuran tersebut kaum muslimin yang gugur sampai 70 orang syuhada,antara lain Hamzah bin Abdul Munthalib paman Nabi Muhammad SAW.

Perang uhud terjadi pada tahun ke 3H,waktu kaum musyrikin Makkah sampai di perbatasan Madinah,umat Islam mengadakan musyawarah bersama para sahabat yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW.

Banyak para sahabat mengusulkan agar umat Islam menyosong kedatanganmusuh di luar kota Madinah,usul ini akhirnya disetujui oleh Nabi Muhammad SAW. Beberapa orang pemanah ditempatkan di atas gunung Uhud,untuk mengadakan serangan-serangan bilamana kaum musyrikin mulai menggempur kedudukan umat Islam.

Dalam perang yang dasyat tersebut umat Islam mendapat kemenangan yang gemilang,pemanah umat Islam yang berada di atas gunung Uhud,setelah melihat barang-barang yang ditinggalkan oleh musuh ada beberapa di antara mereka yang menginggalkan pos untuk turut mengambil barang-barang tersebut padahal Nabi Muhammad SAW telah menginstruksikan agar tidak meninggalkan pos meski apapun yang terjadi.

Adanya pengosongan pos oleh pemanah tersebut digunakan oleh Khalid bin Walid (sebelum masuk Islam) seorang ahli strategi yang memimpin tentara berkuda,menggerakkan tentaranya kembali guna menyerang sehingga umat Islam mengalami kekalahan yang tidak sedikit yaitu sampai 70 orang sahabat gugur sebagai syuhada.

Dalam perang ini Hindun binti Utbah mengupah Wahsyi Alhabsyi,budak jubair untuk membunuh Hamzah karena ayah Hindun dibunuh oleh Hamzah dalam perang Badar. Begitu pula Jubair bin Mut'im berjanji kepada Wahsyi akan memerdekakannya setelah ia dapat membunuh paman Jubair dalam peperangan badar pula.

Nabi Muhammad SAW sendiri dalam peperangan tersebut mendapat luka-luka. Dan sahabat-sahabatnya yang menjadi perisai Nabi Muhammad SAW gugur karena badannya penuh anak panah.

Setelah perang usai dan kaum musyrikin mengndurkan diri kembali ke Makkah,maka Nabi Muhammad SAW memerintahkan agar mereka yang gugur dimakamkan di tempat mereka roboh,sehingga ada satu liang kubur beberapa syuhada. Kuburan uhud waktu sekarang dikelilingi tembok.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nabi Nuh & Gunung Judi
Bahtera Nabi Nuh berhenti diatas Gunung Judi setelah air surut. Kaum Nabi Nuh yang beriman kemudian bertebaran ke pelosok alam, Ada yang ke Eropah, Ada yang Ke Asia dan Ada yang ke Afrika. Tiada yang menetap di Gunung Judi. Jauh jugalah perjalanan turun Nabi Nuh dan kaumnya dari Gunung Judi.

*Artikel ini hasil dokumentasi dari sembang2 di forum www.melayu.com.

Read rest of entry

Saturday, October 24, 2009

SIAPA tidak mahu kekasih cantik jelita atau kacak bergaya











SIAPA tidak mahu kekasih cantik jelita atau kacak bergaya. Sudah menjadi lumrah alam, si cantik dan menarik itulah yang mudah mendapat perhatian.

Namun, baik lelaki atau wanita, kecantikan cukup subjektif untuk ditafsirkan. Individu yang dilihat cantik, belum tentu sempurna sifatnya atau mampu menjanjikan kebahagian abadi.

Andai lelaki mengimpikan wanita yang memiliki paras rupa cantik dan tubuh menggiurkan, wanita juga pasti mahukan elemen sama dari seorang jejaka.

Apapun alasannya, setiap orang ada sebab tersendiri untuk membuat keputusan. Apakah pilihan hati anda bersandarkan paras rupa atau lebih menjurus kepada aspek pendidikan, latar belakang pekerjaan dan personaliti diri?









Menyentuh soal pilihan hati, kolum XY vs XX minggu ini menguji persepsi umum lelaki dan wanita berhubung faktor paras rupa atau akal fikiran dalam memilih raja mahupun ratu hati...
# 1. Mohd Zaidi Mohd Rowi, 24, kakitangan Biro Bantuan Guaman

“SEHARUSNYA kita menilai seseorang berlandaskan akal tanpa sesekali taksub pada rupa luaran semata-mata. Dengan akal, pasti ia lebih menjamin masa depan.”

# 2. Muhaniza Jasnan, 27, pegawai hal ehwal awam

“DIANUGERAHI paras yang cantik adalah bonus buat seseorang. Tetapi dalam suasana persekitaran yang mencabar, akal lebih diutamakan. Memiliki kekuatan intelek meletakkan seseorang itu pada landasan masa depan lebih cerah.”
# 3. Mohd Afiq Khairuldin, 24, pereka grafik

“KEJAYAAN seseorang tidak diukur pada paras rupa atau kecantikan semata-mata. Sebaliknya rahsia kejayaan insan berjaya ini ialah melalui kebijaksanaan akal dalam membuat setiap keputusan. Inilah yang seharusnya menjadi sumber motivasi!”

# 4. Nur Najiahah Ibrahim, 21, pembantu tadbir

“JANGANLAH kita terlalu taksub pada rupa paras semata-mata sedangkan ia tidak kekal lama. Sebaliknya, kebijaksanaan seseorang itu lebih menjamin masa depan.

Personaliti yang menarik, ditambah daya kreativiti tinggi lebih menjaminkan dan mampu menjadikan seseorang berjaya.”

# 5. Wan Marisa Wan Mohd Nor, 29, kakitangan kerajaan

“TERPULANG kepada individu itu sendiri dalam menentukan pilihan hati. Janganlah pula kita memandang rendah kepada mereka yang memiliki kecantikan. Adalah lebih baik andai kecantikan disertakan dengan kecerdikan akal fikiran.”

# 6. Marlia Dolah, 26, penolong pegawai teknologi maklumat (IT)

“ZAMAN sekarang ini, kita tidak boleh menilai seseorang berlandaskan sudut luaran semata-mata. Malah, jika hendak diikutkan, mereka yang berakal turut menjaga paras rupa kerana ini mencerminkan penampilan luar dan dalam.”







Read rest of entry

HARAPAN DARWIN YANG MUSNAH












Meskipun kajian fosil yang dilakukan bagai hendak gila dalam semua bidang yang bermula dari pertengahan abad ke 19 hingga kini, sebarang fosil bentuk-bentuk peralihan bagaimanapun sehingga hari ini masih gagal untuk ditemukan. Semua penemuan-penemuan yang dilihat dalam kerja cari gali dan penyelidikan yang telah dijalankan, jauh menunjukkan dari apa yang dijangkakan oleh para evolusionis, sebaliknya menunjukkan bahawa makhluk hidupan timbul seadanya, cukup sempurna dan lengkap.

Seorang paleontologis (pakar fosil) British terkemuka Derek W. Ager mengakui hal ini meskipun seorang evolusionis;
Hal yang timbul sekiranya kita mengkaji rekod fosil secara terperinci, samada peringkat order atau spesis, kita akan menemui -berulang kali- bukanlah proses evolusi perlahan-lahan, sebaliknya letupan secara tiba-tiba satu kumpulan dalam tanggungan satu yang lain.

Dalam perkataan lain, rekod fosil, semua spesis makhluk hidupan timbul secara tiba-tiba dan dalam bentuk terakhir mereka, menunjukan tidak terdapat sebarang peralihan bentuk di antara mereka. Ini adalah tentangan yang tepat kepada pandangan Darwin. Selanjutnya ini adalah bukti


yang paling kuat bahawa makhluk hidupan adalah dicipta. Kerana satu-satunya penjelasan mengenai kewujudan hidupan yang bersifat tiba-tiba dan sempurna tanpa leluhur sebagai titik mula evolusi ialah bahawa mereka sebenarnya diciptakan. Kebenaran ini diterima oleh seorang evolusionis dan biologis yang terkenal, Douglas Futuyama;
Penciptaan dan Evolusi, di antara mereka, penjelasan mutlak yang mungkin mengenai asal usul makhluk hidupan. Organisma daratan kedua-duanya kembang atau tidak. Jika berkembang, maka mereka harus berkembang melalui spesis yang wujud lebih dahulu melalui beberapa proses modifikasi. Sekiranya mereka timbul alam bentuk yang tiba-tiba maju, mereka seharusnya telah diciptakan oleh suatu Kuasa yang bijaksana.

Fosil-fosil menunjukkan bahawa makhluk hidupan timbul dalam dunia secara lengkap dan dalam bentuk yang sempurna. Dalam ayat lain, 'asal usul spesis', yang bertentangan dengan anggapan Darwin ialah merupakan hasil Penciptaan dan bukan evolusi.
Read rest of entry
 

Rakan Muda Unisel

Rakan Muda Unisel Maps

Waktu Solat

games

Pengetahuan Am Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Blogger Templates