Saturday, October 24, 2009

SIAPA tidak mahu kekasih cantik jelita atau kacak bergaya











SIAPA tidak mahu kekasih cantik jelita atau kacak bergaya. Sudah menjadi lumrah alam, si cantik dan menarik itulah yang mudah mendapat perhatian.

Namun, baik lelaki atau wanita, kecantikan cukup subjektif untuk ditafsirkan. Individu yang dilihat cantik, belum tentu sempurna sifatnya atau mampu menjanjikan kebahagian abadi.

Andai lelaki mengimpikan wanita yang memiliki paras rupa cantik dan tubuh menggiurkan, wanita juga pasti mahukan elemen sama dari seorang jejaka.

Apapun alasannya, setiap orang ada sebab tersendiri untuk membuat keputusan. Apakah pilihan hati anda bersandarkan paras rupa atau lebih menjurus kepada aspek pendidikan, latar belakang pekerjaan dan personaliti diri?









Menyentuh soal pilihan hati, kolum XY vs XX minggu ini menguji persepsi umum lelaki dan wanita berhubung faktor paras rupa atau akal fikiran dalam memilih raja mahupun ratu hati...
# 1. Mohd Zaidi Mohd Rowi, 24, kakitangan Biro Bantuan Guaman

“SEHARUSNYA kita menilai seseorang berlandaskan akal tanpa sesekali taksub pada rupa luaran semata-mata. Dengan akal, pasti ia lebih menjamin masa depan.”

# 2. Muhaniza Jasnan, 27, pegawai hal ehwal awam

“DIANUGERAHI paras yang cantik adalah bonus buat seseorang. Tetapi dalam suasana persekitaran yang mencabar, akal lebih diutamakan. Memiliki kekuatan intelek meletakkan seseorang itu pada landasan masa depan lebih cerah.”
# 3. Mohd Afiq Khairuldin, 24, pereka grafik

“KEJAYAAN seseorang tidak diukur pada paras rupa atau kecantikan semata-mata. Sebaliknya rahsia kejayaan insan berjaya ini ialah melalui kebijaksanaan akal dalam membuat setiap keputusan. Inilah yang seharusnya menjadi sumber motivasi!”

# 4. Nur Najiahah Ibrahim, 21, pembantu tadbir

“JANGANLAH kita terlalu taksub pada rupa paras semata-mata sedangkan ia tidak kekal lama. Sebaliknya, kebijaksanaan seseorang itu lebih menjamin masa depan.

Personaliti yang menarik, ditambah daya kreativiti tinggi lebih menjaminkan dan mampu menjadikan seseorang berjaya.”

# 5. Wan Marisa Wan Mohd Nor, 29, kakitangan kerajaan

“TERPULANG kepada individu itu sendiri dalam menentukan pilihan hati. Janganlah pula kita memandang rendah kepada mereka yang memiliki kecantikan. Adalah lebih baik andai kecantikan disertakan dengan kecerdikan akal fikiran.”

# 6. Marlia Dolah, 26, penolong pegawai teknologi maklumat (IT)

“ZAMAN sekarang ini, kita tidak boleh menilai seseorang berlandaskan sudut luaran semata-mata. Malah, jika hendak diikutkan, mereka yang berakal turut menjaga paras rupa kerana ini mencerminkan penampilan luar dan dalam.”







0 comments:

Post a Comment

 

Rakan Muda Unisel

Rakan Muda Unisel Maps

Waktu Solat

games

Pengetahuan Am Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Blogger Templates