Tuesday, October 13, 2009

Memajukan pelancongan dan penyelidikan di Belum

Posted in Rakan Cinta Alam dengan label , on September 9, 2008 by Sekretariat Rakan Muda Universiti Industri Selangor

DENGAN usia melebihi 130 juta tahun, Kompleks Hutan Belum Temenggor yang terletak di Gerik, Perak merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia mengatasi Hutan Amazon dan Hutan Congo tetapi masih ramai yang tidak mengenalinya termasuklah rakyat Malaysia sendiri terutamanya di kalangan generasi muda.

Sebagai fakta, kompleks tersebut mempunyai keluasan 300,000 hektar dengan dikelilingi jasad air (Tasik Temenggor) yang berkeluasan 45,000 hektar terbahagi kepada empat sektor iaitu Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Temengor, Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Diraja Belum.

Kawasan hutan purba itu bukan sahaja kaya dengan spesies ikan darat, malah dianggarkan terdapat lebih 3,000 spesies pokok, 274 spesies burung, 168 spesies rama-rama, 100 spesies haiwan dan pelbagai lagi spesies yang mungkin belum ditemui wujud di hutan tersebut.

Pada masa ini, Pulau Banding merupakan satu-satunya pintu masuk ke Kompleks Hutan Belum Temenggor.

Pulau Banding Rainforest Research Centre yang berperanan sebagai pemangkin penyelidikan untuk mengkaji kepelbagaian biologi, flora, fauna dan kehidupan akuatik yang ada di Kompleks Hutan Belum-Temenggor.

Program kemasyarakatan selama setahun dijalankan bersama dengan Mercy Malaysia, Jabatan Kesihatan Daerah, Malaysian Medical Association dan Syarikat Educate To Learn iaitu syarikat yang melaksanakan program-program pembelajaran awal kanak-kanak.

WWF Malaysia menjalankan kajian terhadap bilangan harimau yang masih wujud manakala penyelidik daripada FRIM mengkaji tanda-tanda yang menunjukkan sesuatu kawasan hutan itu masih terpelihara untuk digunapakai apabila sesuatu pembangunan hendak dijalankan di kawasan lain.

Dengan adanya kajian perintis ini, ia diharap akan menggalakkan kedatangan lebih ramai penyelidik dari dalam dan luar negara untuk membuat penyelidikan terhadap kepelbagaian khazanah alam yang terdapat di Kompleks Hutan Belum Temenggor demi manfaat manusia sejagat.

- Dipetik dari sumber utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

 

Rakan Muda Unisel

Rakan Muda Unisel Maps

Waktu Solat

games

Pengetahuan Am Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Blogger Templates